Wednesday, 15 June 2011

ARYZAMIRATUL-ENT (PENGEDAR TUNGGAL)

        

Kesedaran terhadap kelebihan penanaman padi dan sayur-sayuran menggunakan baja organik kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat negara ini. Ia berikutan meningkatnya kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan.
Meskipun penggunaan baja kimia dapat meningkatkan pengeluaran selain hasil tanaman yang kelihatan lebih ‘cantik,’ namun ia boleh memberi impak negatif terhadap kesihatan manusia dalam jangka masa panjang.
Selain itu, harga baja kimia adalah lebih mahal berbanding baja organik terutama selepas kenaikan harga minyak pada pertengahan tahun lalu. Bagaimanapun, masih tidak ramai petani yang menggunakan kaedah baja organik dalam kerja-kerja penanaman. Ia mungkin disebabkan penyediaan baja organik yang dianggap kurang memuaskan berbanding baja kimia yang boleh dibeli di mana-mana premis untuk disiramkan kepada tanaman yang diusahakan.
Bagi saya, soal keselamatan makanan adalah perkara paling penting yang tidak boleh dipandang ringan.
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyedarkan masyarakat masa kini betapa pentingnya soal keselamatan makanan kerana ia berkait rapat dengan kesihatan. Hasil penanaman padi dan sayur-sayuran menggunakan baja organik lebih berkualiti dan selamat dari sudut kesihatan kerana menggunakan baja semula jadi dan mesra alam. Malah penanaman padi dan sayur-sayuran berasaskan baja organik mendapat pasaran yang baik apabila wujud kesedaran di kalangan orang ramai yang kini lebih mementingkan soal penjagaan kesihatan.


LANGKAH PENGGUNAAN

PERINGKAT PROSES
SUKATAN
MANFAAT/KELEBIHAN
Rendaman benih


500ml
Bagi mencegah kerosakan benih.
Mempercepatkan proses tumbesaran anak benih padi dan sayuran serta meningkatkan daya tahan drp serangan penyakit semasa proses pertumbuhan anak benih.
Berupaya mencegah drp serangan penyakit dan menguatkan cengkaman akar tanaman.
Anak Semaian

150ml -500ml




Menyuburkan tumbesaran anak benih dan menguatkan akar tanaman .
Menghindarkan dari serangan serangga perosak.

Peringkat  tumbesaran membesar.
Peringkat umur:

25 hari -45 hari-65 hari




150ml-500ml


Mengukuhkan cengkaman akar dan daun tanaman.
Menstabilkan tempoh tumbesaran tanaman serta berkesan bagi mencegah kerosakan akar tanaman.
Mengelakkan drp tanaman menjadi rebah dan mengawal dari serangan penyakit serta kulat kulapuk dan bebas dr serangan penyakit.
Peringkat pengeluaran (Bunting)
Peringkat umur:

70 hari - 90 hari







500ml

Khusus bagi meredakan semua jenis serangan penyakit-penyakit pada tanaman dan memadatkan proses kemasukan isi padi pada buah padi.